About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Thursday, December 31, 2009

2010

Tahun Baru datang lagi. Alhamdulillah . Harapanku semoga Allah akan terus memberkati dan merahmati kehidupanku ini. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya aku tidak menyimpan dan menanam keazaman tertentu pada setiap kemunculannya. Kehidupan bagiku sesuatu yang realistik.. Setiap hari tidak membawa cerita yang sama justru kita menanganinya mengikut keperluan dan keutamaan semasa. Usaha untuk memperbaiki diri adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara konsisten bukannya terhad sebagai resolusi pada awal tahun sahaja. Untuk itu aku berharap akan dapat memperbaiki kelemahan diri dari hari ke hari agar hari ini menjadi lebih baik daripada semalam kalaupun tidak mungkin ke tahap sempurna . InsyaAllah.

Monday, December 28, 2009

PMR 2009

Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan tahniah kepada
para pelajarku yang telah memperoleh kejayaan
dalam peperiksaan PMR yang lalu. Alhamdulillah
usaha-usaha mereka telah diberkati oleh Yang Maha Esa ..
Sebagai guru , kejayaan anak-anak murid adalah sesuatu yang menggembirakan kerana mereka membuktikan kesungguhan masing-masing dalam persaingan sengit memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Dalam zaman di mana sekian ramai pelajar di seluruh negara memperoleh gred terbaik setiap tahun tentulah aku berbangga dengan kejayaan anak-anak muridku ini. Aku sangat berharap agar mereka akan terus mempertingkatkan usaha yang jitu .. Semoga tidak leka dengan kejayaan yang diraih sebaliknya menjadikan keputusan yang cemerlang ini satu suntikan inspirasi bagi memperoleh kejayaan seterusnya.
Dalam hal-hal menuntut ilmu ini sesungguhnya aku sangat percaya kepada usaha individu dalam menentukan matlamat pembelajarannya. Justeru jika seseorang itu menyedari tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai seorang pelajar dia harus bijak merancang cara-cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkannya sendiri. Tidak ada istilah paksaan untuk belajar malahan sangat sukar untuk memperoleh ilmu jika tidak lahir dari keinginan dan kehendak dari dalam diri sendiri .. InsyaAllah dengan usaha dan doa berterusan tidak ada yang mustahil untuk dicapai.

Saturday, December 26, 2009

Blog ini sudah lama tidak kujengah .. tidak sama sekali melupakannya, sekadar kesibukan-kesibukan semasa yang tidak putus-putus. Wajah baru yang kuberi pada blog ini kuharapkan akan menyuntik semangat dan inspirasi untuk terus menulis secara konsisten. Cuti persekolahan kali ini kurang sedikit keseronokannya lantaran harus menghabiskan final exam yang dirasakan sangat-sangat mencabar hinggakan aku tidak sanggup untuk meramal apa-apa. Berdoa sahaja agar aku lulus ketiga-tiga kertas sekaligus menamatkan pembelajaran selama hampir empat tahun ini .. itu saja.! Teman-teman ada yang bertanya tentang kemungkinan untuk meneruskan pembelajaran ke tahap yang seterusnya. Aku tidak berani untuk berkata apa2 jauh sekali untuk berjanji .. Banyak perkara yang harus kufikirkan .. apa-apa sekalipun keluarga harus menjadi keutamaan selepas hampir empat tahun sedikit sebanyak kuabaikan. Perkara-perkara lain itu kuserahkan sepenuhnya pada takdir yang telah tercatat dalam hidup ini . Segala sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersendiri.

Monday, November 2, 2009

Rainy Days and Mondays

Talkin' to myself and feelin' old
Sometimes I'd like to quit
Nothing ever seems to fit
Hangin' around
Nothing to do but frown
Rainy Days and Mondays always get me down.

What I've got they used to call the blues
Nothin' is really wrong
Feelin' like I don't belong
Walkin' around
Some kind of lonely clown
Rainy Days and Mondays always get me down.

Funny but it seems I always wind up here with you
Nice to know somebody loves me
Funny but it seems that it's the only thing to do
Run and find the one who loves me.

What I feel has come and gone before
No need to talk it out
We know what it's all about
Hangin' around
Nothing to do but frown
Rainy Days and Mondays always get me down.

Wednesday, October 21, 2009

I Made It Through The Rain ..

We dreamers have our way
of facing rainy days
and some how we survive
we keep the feelings warm
protect them from the storm
until our times arrives ..

Then one day the sun appears
and we come shining through
those lonely years

I made it through the rain
I kept my world protected
I made it through the rain
I kept my point of view
I made it through the rain
and found myself respected
by the others who
got rained on too
and made it through ..

When friends are hard to find
and life seems so unkind
sometimes you feel afraid ..
just aim beyond the clouds
and rise above the crowds
and start your own parade

`cause when I chased
my fears away
that`s when I knew
that I could finally say ..

I made it through the rain
I kept my world protected
I made it through the rain
and found myself respected
by the others who
got rained on too
and made it through ..

Friday, October 16, 2009

I first saw this movie about 5 years ago.
I like it. But then I was too caught up with other thing to even see it once again.
Last night I entertained myself. Thanks for the extra holiday.
It still had the same impact to me.
Love. Cinta.
Is there any other subject yang lebih menarik daripada ini?
Sebab hakikatnya hidup manusia sentiasa mencari cinta , kasih
sayang atau apa-apapun yang menjurus ke arah perasaan yang satu itu..
Filem ini dibangunkan dengan realiti cinta yang yang munasabah bagiku.
Kisah insan yang gagal menerima hakikat kehilangan orang yang dikasihi
lantas menyerkup dirinya dalam ruang kehidupan yang tersendiri.
Menutup dirinya daripada semua perasaan atau kehadiran yang lain.
Mourning and grieving..
Sangat realistik. Sebab dalam kehidupan ini memang ada yang memilih jalan
yang begitu. Worst come to worst ada yang tidak ingin
meneruskan hidup setelah kehilangan yang tercinta.

Hakikatnya kita semua seharusnya sedar bahawa hidup ini adalahsatu kelansungan yang wajar dipenuhi selagi kita diberi keizinan oleh Dia yang Esa.

Some might say it is easy said than done,. Benar ,memang bukan mudah sesungguhnya untuk menerima realiti kehidupannyang perlu kita lewati ini.

Kerana kita yang namanya manusia biasa.

Kerana kita yang tidak memiliki kesempurnaan yang jitu.

Kesempurnaan bukan milik mutlak manusia. Itu hakikat ..

Ironinya kita selalu menyesali takdir yang tertulis ..

kadang-kadang rasa terlebih tahu apa-apa yang terbaik dalam hidup kita..

Itulah yang salah.Sungguh, memang payah memujuk hati tapi tidak salah untuk mencubakan..?

Give life a chance. Live life to its fullest.

Some people find the one true love of their lives,if they're fortunate enough.

Dalam definisi yang lebih luas.,we must live each day for what it is worth.

Ending cerita ni memang sedih .. sangat sedih. Sebab?

Garreth meninggal sebelum sempat memaknakan cinta yang baru ditemuinya.

My heart weeps. !But then it is reality again kan?Life is not always full with bed of roses ..Kitapun tidak mungkin memiliki semua yang kita inginkan.

Only God knows!

I should give credits untuk semua pelakon utama filem ini.

Kevin Costner the hero ( my favourite actor and my hearthrob when I was a teenager ).

As good as ever.. Suka sangat dengan intonasi suaranya yang seakan-akan mumbling

Robin Wright Penn , the heroin - as Theresa lakonannya sangat mengujakan..

Terkesan sungguh dengan kesedihan yang dialaminya especially scene akhir

when she get to know that Garreth loved her too ..

a new love he must fight for. Unfortunately it is too late.

Both of them had so much chemistry on screen.

"Message in a Bottle" is a must see for those who believe or don`t,

in love ....




Wednesday, October 14, 2009

Assignments

Huargh… tutorial 2 dah hampir seminggu berlalu.
Sesi diskusi assignmentpun dah dibuat berkali-kali but...
Zero.! Takde hasil lagi! Entahlah.., tak tahu dimana silapnya study sejak
akhir-akhir ni rasa macam slow je. Ke atau sengaja diperlahankan
momentumnya sebab tak mahu rasanya menamatkan apa yang dah dibuat
sejak hampir empat tahun yang lalu..
Hehehe .. macamle tutor yang mengajar tu ada banyak masa sangat nak
menyemak assignment ni kalau hantar lambat.
Silap-silap kena tolak markah lagi ada!
Really .. dah nak tamat belajar ni rasa semacam je..rasa sayang pada modulpun berganda2 pulak ..hehehe skematik betul!
Hakikatnya inilah buku yang paling susah nak dikhatam sepanjang semester..
Hanya apabila tarikh periksa dah menjengah barulah dibelek dari
kulit ke kulit bagai nak rak ., tak cukup 24 jam sehari rasanya.
Pegalaman sepanjang empat tahun ni memang tak terungkapkan.
Terlau banyak memoir yang ditempuh..
Thanks to Allah yang bagi kekuatan dan kesabaran..
Nak recall balik semua memori tu nanti-nantila..
Right now ..
wake up girl, do your assignments!!

Tuesday, October 13, 2009


The Bodyguard
Oh my , what a wonderful movie.
Can`t say which one attach me more to the screen.
The movie itself or `the bodyguard' himself
I rather choose the latter I guess.
Don`t blame me..who did not with his' charm and laid back manner.

The Bodyguard is fundamentally a love story
between two contrasting characters.
The love story between Frank and Rachel becomes the main driving force
even though this is not a conventional romantic movie.
What I like most is their romance builds steadily and realistically.

Kevin Costner as Frank fills the shoes well.
As an obsessed bodyguard he plays the roles as a man
who seems cold and detached.
Hiding his emotions under the surface.
He did a very good job and looks absolutely handsome even
with a blank expression on his face throughout the film.
I honestly think that he gave life to his character

Whitney Houston as Rachel also does a good job.
I love the scene when she asks Frank to take her on a date.
Natural and charming.
And to see Whitney singing and delivered some of
her most passionate vocal..
Gosh! Incredibly amazing and stunning.

Decent scenes, decent cast and a great soundtrack.
I can say that I never get tired of watching this movie.
It is an enjoyable movie
and I WILL ALWAYS LOVE it..

Monday, October 12, 2009

Final Semester - 2nd Tutorial

Summit Hotel. Here we are again. Cadangan asal nak menginap di hotel lain yang lebih `berjenama` belum lagi menjadi kenyataan. Entahlah. Ideapun macam-macam menejelang hari-hari terakhir belajar ni.

Sosiologi- Kelas hari ni riuh semacam. Excited semacam je cikgu-cikgu berbincang.

Moral - Berita paling baik ialah assignment hantar t5. Meaning, that gives me room to finish up the Sosiology assignment first.

English - My tutor

Thursday, October 8, 2009

Musim Peperiksaan

Peperiksaan PMR telahpun bermula sehingga Selasa depan. Sejak dari hari pertama lagi pelbagai perkara berlaku.

` Kad pengenalan tertinggal cikgu , macamana ni?
`Cikgu , slip tertinggal atas meja belajar , nak buat macamana?`
`Slip kemasukan lupa cikgu, takpe ke? Ketua pengawas tak marahke?
`Cikgu , slip kemasukan dah hancur .. termasuk mesin basuh semalam.!
`Saya letak kad pengenalan atas meja, pagi tadi dah hilang anak buah main!


My Godness!

Tu belum masuk kes bagi tahu masalah menggunakan SMS.

Pandai betul guna teknologi budak-budak ni!

Aduhai , tak terkata rasanya. Memang mencabar betul mengurus peperiksaan awam begini.

So ..bab perasaan jangan ditanya. Bercampur baur adanya!

Whatever , everybody should be given chances!
So , selesaikanlah ikut prosedur yang ditetapkan.
Memanglah peperiksaan ini bukan penentu keseluruhan masa depan mereka namun
setidak-tidaknya hala tuju jurusan seterusnya bermula dari sini.

Apapun .. aku mendoakan agar semua anak didikku akan berjaya dalam peperiksaan ini.
InsyaAllah.

Monday, September 28, 2009


Wishes
A love that lasts forever
A friendship naught can server;
A courage never failing ,
Though evil seems prevailing;
And joyous radiant living
made glorious by its giving ;
A faith strong and enduring ,
Unworthy thoughts abscuring ;
And eyes for seeing beauty
in work , in play , in duty ;
Life ever onward flowing and
more abundant growing ;
Love , courage , faith ,
and sweetness to make up
life`s completeness .

S.G Fisher

Saturday, September 26, 2009


Final Semester - 1st. Tutorial
Kuliah on as schedule even though mood raya masih ada.
Bukan ada niat nak ponteng ke or whatsoever..it`s just
perasaan je rasa tak berapa bersedia hehe..
Memang betul-betuk kena kuatkan semangat since I need to travel nearly
200km just to attend classes which started at 8.00 am to 3.00 pm.
Alhamdulillah , perjalanan dipermudahkan.
Hotel Summit tetap jadi pilihan.

8.00 -10.00 am - Sosiology
Masuk class , semua senyap and nampak concentrate je..
Rupa-rupanya En. Zaharidah edarkan handout latihan pendek.
Ok fine, masih boleh catch up and involved dengan discussion. But then , before class end kena juga jumpa dia personally untuk bertanya tentang assignment sebab dia dah discuss earlier dengan rakan-rakanyang datang lebih awal.
Salah sendiri, terlewat fifteen minutes.

Keluar dari C302, terserempak Pn. Malar. Lecturer Antropologi yang sangat
baik hati dan sangat komited.
She looks much better compared to last semester.
Fully recovered from her illness I guess.
Tanpa silu terus memohon bantuan diauntuk assignment Sosiology
since dia juga mengajar subjek berkenaan.
I know I can seek for her help.

10.15 am - 12.15 pm - Moral
1st. time berhadapan dengan Pn. Noraini.
No idea at all how she looks and her teaching style.
Tak kenal maka tak cinta. She`s so energetik dan bersemangat.
Riuh rendah sesi perbincangan.. Semua beri komitment.
Memang relax dan tidak bosan.

1.15 - 3.00 pm - Grammar & Teaching of Grammar
I admit I am a little bit nervous to attend this class.
To have En. Kamal as my English tutor is fine. Definitely.
But the subject itself is quite difficult
for me. Furthermore it has been a year since I last attend an English class
since this is my minor subject.
As usual, he prefer presentation and group discussion..
My turn to discuss about grammar and semantic by Bloomfield followers
has been postponed to 2nd Tutorial due to time constraint today.
I`ll try my best. InsyaAllah.

Catatan-catatan ini sekadar kenang-kenangan.
Sungguh, belajar menjadikan diri terasa `muda` walaupun hakikatnya dah lebih tua
kalau tidakpun sama sebaya dengan lecturer yang mengajar.
Juga bukan mudah sebab tanggung jawab jadi semakin rencam..
Memang kelam juga fikiran kadangkala ..

But then , I`ve come as far as this .. InsyaAllah , no regrets.
Better late than never.!
Pray for me.

Tuesday, September 22, 2009



Salam Aidil Fitri 1430H diucapkan kepada semua ..
Mohon maaf Zahir dan Batin ..

Thursday, September 17, 2009

Ceria dalam Gundah ..


Wajah-wajah ceria para pelajarku menjelang Aidil Fitri. Sangat sporting untuk berposing saat lensa dihalakan kepada mereka. ( Abaikan yang berbaju merah itu ..! ) Aidil Fitri kali ini mungkin sangat berbeza buat mereka kerana PMR menanti selepas itu. Setiap seorang memiliki impian dan cita-cita masing-masing lantas mereka harus berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian tersebut. Bukan tidak kufahami erti tekanan menjelang peperiksaan. Dalam tempoh empat tahun ini kebelakangan ini itulah perasaan yang kualami setiap penghujung semester.. memang sangat - sangat stress tetapi apa lagi pilihan yang ada? Justeru, aku sangat berharap agar para pelajarku ini akan tetap tekun dan tabah meneruskan usaha-usaha mereka menjelang saat peperiksaan ini. Benar , mereka harapan sekolah namun lebih jauh daripada itu keputusan peperiksaan ini bakal mencorakkan hala tuju masa depan mereka mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Sebagai guru , hanya doa dan restu kuiringkan agar semua anak didikku akan berjaya . InsyaAllah.

Monday, September 14, 2009

OUM - Pendaftarn Akhir

12 September .. excited juga untuk pergi ke Penang after cuti semester yang agak panjang. But then .. it is quite sad since ini merupakan semester terakhir sebelum menamatkan pengajian ini. Memang tidak terhitung segala jerih- perih dan susah payah yang ditempuh sepanjang hampir 3 tahun setrengah yang lalu .. tetapi itulah namanya pengalaman yang amat manis dan berguna. Bukan mudah untuk mencapai impian..mesti ada pengorbanan.! Tidak pernah ada penyesalan atau apa2 perasaan seumpamanya.
Sebelum dapat modul , penuh juga keazaman untuk score pada final semester ni. Hasrat hati nak juga ` up ` CGPA yang sedia ada.. bila lagi kan? But., melihat ketebalan ketiga-tiga modul yang diterima...!? Bolehke? hehe.. tak mengapalah , I`ll try my best. Moga-moga Allah memberi kekuatan untuk kutempuh semuanya ini . InsyaAllah.

Wednesday, September 9, 2009

Mulakan Dari Hati

Mulakan Dari Hati
www.edu.iluvislam.com
by Jundumay

Apabila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.
Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

Sumber : http://www.imotivasi.com/kita-kena-mulakan-dari-hati/

Saturday, August 29, 2009

Sesuatu yang tidak disangka-sangka..

Mula-mula terpandang kuiz yang diwar-warkan oleh novelis Norhayati Berahim dalam blog beliau hati tidaklah teruja sangat walaupun deretan dompet yang ditawarkan itu kelihatan menarik dipandangan mata. Macam biasa kekangan masa dek tugasan yang rencam tidak menyuntik semangat untuk menulis apa-apa.
Begitupun , kembali menjengah blog berkenaan sekitar 2 hari sebelum tarikh tamat peraduan Allah kurniakan ilham untuk menulis sesuatu. Memang tidak tinggi harapanku terhadap penyertaan ini memandangkan hadiah hanya ditawarkan kepada empat pemenang sahaja sedangkan peminat Yati ramai sekali di luar sana. Sementelahan pula penyertaan sekadar suka-suka sebegini lazimnya jarang sekali membuahkan hasil.
Justru adalah sangat menggembirakan apabila sebuah kotak hadiah yang sedehana besar ku terima sebagai tanda pemenang tempat kedua ..Alhamdulillah , rezeki yang tidak diduga ini menggembirakan sekali.. memang sungguh tidak sangka-sangka!

Monday, July 27, 2009

..dari sudut hati..

Tidak tahu di mana silapnya hinggakan blog ini terbiar begitu sahaja.. Kesibukan-kesibukan yang seakan tiada berkesudahan seakan menghentikan seketika hasrat untuk menulis apa-apa. Memang sulit memikul sekian banyak banyak tanggungjawab dalam satu-satu masa.. ada ketika-ketikanya terasa benar-benar tidak berdaya.. namun Allah mengizinkan dan memberi kekuatan untuk kutempuhi semuanya seada-adanya. Alhamdulillah. Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan yang telah tersurat dalam kehidupanku ..

Friday, June 5, 2009

Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah akhirnya blog ini berjaya kusiapkan walaupun masih dalam serba serbi kekurangan. Besar harapanku agar aku akan dapat memanfaatkan pengisiannya nanti dengan catatan-catatan tentang kehidupanku serta perkara-perkara yang berlaku disepanjang perjalanan kehidupan ini. InsyaAllah.