About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Saturday, August 29, 2009

Sesuatu yang tidak disangka-sangka..

Mula-mula terpandang kuiz yang diwar-warkan oleh novelis Norhayati Berahim dalam blog beliau hati tidaklah teruja sangat walaupun deretan dompet yang ditawarkan itu kelihatan menarik dipandangan mata. Macam biasa kekangan masa dek tugasan yang rencam tidak menyuntik semangat untuk menulis apa-apa.
Begitupun , kembali menjengah blog berkenaan sekitar 2 hari sebelum tarikh tamat peraduan Allah kurniakan ilham untuk menulis sesuatu. Memang tidak tinggi harapanku terhadap penyertaan ini memandangkan hadiah hanya ditawarkan kepada empat pemenang sahaja sedangkan peminat Yati ramai sekali di luar sana. Sementelahan pula penyertaan sekadar suka-suka sebegini lazimnya jarang sekali membuahkan hasil.
Justru adalah sangat menggembirakan apabila sebuah kotak hadiah yang sedehana besar ku terima sebagai tanda pemenang tempat kedua ..Alhamdulillah , rezeki yang tidak diduga ini menggembirakan sekali.. memang sungguh tidak sangka-sangka!