About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Monday, September 28, 2009


Wishes
A love that lasts forever
A friendship naught can server;
A courage never failing ,
Though evil seems prevailing;
And joyous radiant living
made glorious by its giving ;
A faith strong and enduring ,
Unworthy thoughts abscuring ;
And eyes for seeing beauty
in work , in play , in duty ;
Life ever onward flowing and
more abundant growing ;
Love , courage , faith ,
and sweetness to make up
life`s completeness .

S.G Fisher

Saturday, September 26, 2009


Final Semester - 1st. Tutorial
Kuliah on as schedule even though mood raya masih ada.
Bukan ada niat nak ponteng ke or whatsoever..it`s just
perasaan je rasa tak berapa bersedia hehe..
Memang betul-betuk kena kuatkan semangat since I need to travel nearly
200km just to attend classes which started at 8.00 am to 3.00 pm.
Alhamdulillah , perjalanan dipermudahkan.
Hotel Summit tetap jadi pilihan.

8.00 -10.00 am - Sosiology
Masuk class , semua senyap and nampak concentrate je..
Rupa-rupanya En. Zaharidah edarkan handout latihan pendek.
Ok fine, masih boleh catch up and involved dengan discussion. But then , before class end kena juga jumpa dia personally untuk bertanya tentang assignment sebab dia dah discuss earlier dengan rakan-rakanyang datang lebih awal.
Salah sendiri, terlewat fifteen minutes.

Keluar dari C302, terserempak Pn. Malar. Lecturer Antropologi yang sangat
baik hati dan sangat komited.
She looks much better compared to last semester.
Fully recovered from her illness I guess.
Tanpa silu terus memohon bantuan diauntuk assignment Sosiology
since dia juga mengajar subjek berkenaan.
I know I can seek for her help.

10.15 am - 12.15 pm - Moral
1st. time berhadapan dengan Pn. Noraini.
No idea at all how she looks and her teaching style.
Tak kenal maka tak cinta. She`s so energetik dan bersemangat.
Riuh rendah sesi perbincangan.. Semua beri komitment.
Memang relax dan tidak bosan.

1.15 - 3.00 pm - Grammar & Teaching of Grammar
I admit I am a little bit nervous to attend this class.
To have En. Kamal as my English tutor is fine. Definitely.
But the subject itself is quite difficult
for me. Furthermore it has been a year since I last attend an English class
since this is my minor subject.
As usual, he prefer presentation and group discussion..
My turn to discuss about grammar and semantic by Bloomfield followers
has been postponed to 2nd Tutorial due to time constraint today.
I`ll try my best. InsyaAllah.

Catatan-catatan ini sekadar kenang-kenangan.
Sungguh, belajar menjadikan diri terasa `muda` walaupun hakikatnya dah lebih tua
kalau tidakpun sama sebaya dengan lecturer yang mengajar.
Juga bukan mudah sebab tanggung jawab jadi semakin rencam..
Memang kelam juga fikiran kadangkala ..

But then , I`ve come as far as this .. InsyaAllah , no regrets.
Better late than never.!
Pray for me.

Tuesday, September 22, 2009



Salam Aidil Fitri 1430H diucapkan kepada semua ..
Mohon maaf Zahir dan Batin ..

Thursday, September 17, 2009

Ceria dalam Gundah ..


Wajah-wajah ceria para pelajarku menjelang Aidil Fitri. Sangat sporting untuk berposing saat lensa dihalakan kepada mereka. ( Abaikan yang berbaju merah itu ..! ) Aidil Fitri kali ini mungkin sangat berbeza buat mereka kerana PMR menanti selepas itu. Setiap seorang memiliki impian dan cita-cita masing-masing lantas mereka harus berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian tersebut. Bukan tidak kufahami erti tekanan menjelang peperiksaan. Dalam tempoh empat tahun ini kebelakangan ini itulah perasaan yang kualami setiap penghujung semester.. memang sangat - sangat stress tetapi apa lagi pilihan yang ada? Justeru, aku sangat berharap agar para pelajarku ini akan tetap tekun dan tabah meneruskan usaha-usaha mereka menjelang saat peperiksaan ini. Benar , mereka harapan sekolah namun lebih jauh daripada itu keputusan peperiksaan ini bakal mencorakkan hala tuju masa depan mereka mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Sebagai guru , hanya doa dan restu kuiringkan agar semua anak didikku akan berjaya . InsyaAllah.

Monday, September 14, 2009

OUM - Pendaftarn Akhir

12 September .. excited juga untuk pergi ke Penang after cuti semester yang agak panjang. But then .. it is quite sad since ini merupakan semester terakhir sebelum menamatkan pengajian ini. Memang tidak terhitung segala jerih- perih dan susah payah yang ditempuh sepanjang hampir 3 tahun setrengah yang lalu .. tetapi itulah namanya pengalaman yang amat manis dan berguna. Bukan mudah untuk mencapai impian..mesti ada pengorbanan.! Tidak pernah ada penyesalan atau apa2 perasaan seumpamanya.
Sebelum dapat modul , penuh juga keazaman untuk score pada final semester ni. Hasrat hati nak juga ` up ` CGPA yang sedia ada.. bila lagi kan? But., melihat ketebalan ketiga-tiga modul yang diterima...!? Bolehke? hehe.. tak mengapalah , I`ll try my best. Moga-moga Allah memberi kekuatan untuk kutempuh semuanya ini . InsyaAllah.

Wednesday, September 9, 2009

Mulakan Dari Hati

Mulakan Dari Hati
www.edu.iluvislam.com
by Jundumay

Apabila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.
Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

Sumber : http://www.imotivasi.com/kita-kena-mulakan-dari-hati/