Baru-baru ni terbaca artikel mengenai penggunaan fb secara betul. Sungguh, ada kebenarannya artikel tersebut kerana didapati penggunaan akaun fb ini telah disalahgunakan secara agak melampau. Bukan sahaja daripada segi pendedahan maklumat peribadi yang agak keterlauan ( tidak termasuk maklumat
palsu ) , medium untuk berinteraksi ini turut dijadikan medan untuk menabur fitnah dan berperang mulut antara individu. Maka apakah maknanya lagi? Sudah pastilah sudah sangat jauh tersasar daripada matlamat asal kewujudan laman sosial ini,
Seperkara lagi yang aku kurang berkenan ialah pemakluman semua aktiviti harian pada wall fb masing-masing. Kadang2 terfikir juga, tidakkah mereka ini terfikir untuk reserve sedikit kehidupan peribadi daripada menjadi tatapan semua orang? Takkan segala hal makan minum dan akitiviti harian perlu diwar-warkan? Perlu sangatke? Paling memualkan kalau orang dewasa yang yang sepatutnya sudah matang melakukan hal-hal sedemikian. Kalau remaja aku masih sudi untuk memaafkan sebab mereka ini masih tidak panjang akal sebaliknya bertindak mengikut rasa hati sahaja. Kebanyakannyapun lebih kepada terikut-ikut sahaja.
Aku amat berharap agar setiap individu yang memiliki akaun fb ini akan lebih berhemah dalam penggunaannya. Maksudnya , menggunakan laman interaksi ini secara sihat untuk perkara-perkara yang positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim ( pun tetap ada batasannya kerana dia yang kita kenali 20 tahun lalu tentu tidak sama dengan dia yang sekarang , lalu sangat tidak adil untuk membuat sebarang justifikasi negatif sekadar berkongsi sepatah dua kata dalam ruangan chat siber ) serta perkongsian maklumat yang membawa manfaat kepada kehidupan seterusnya.
Buat diriku, InsyaAllah aku akan cuba meminimakan penggunaan akaun ini. Cukup sekadar membaca sahaja dan sesekali chatting dengan teman-teman yang paling rapat sahaja. Jika ada keperluan , pilihan terbaik ialah menghantar personal message khusus untuk penerima itu sahaja.
About Me
Wednesday, December 8, 2010
Monday, December 6, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Versus
Versus by Hlovate.
This is the book that I had just finished reading right before Ramadhan this year.
As an ardent follower of the author I might say that I am late in finding time to read her latest masterpiece.
But then again .. better late than never !
Makanya apa yang istimewa sangat tentang novel ini? Sejujurnya , segala nilai tersirat yang cuba diterapkan menjadikannya amat istimewa. Sebab penulisnya tetap realistik bahawa setiap orang harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah kepada jalan kehidupan yang lebih baik. Kerana sebagai insan biasa kita tidak sunyi daripada kelemahan insani justeru harus tabah untuk mengubah halauan yang tersasar itu ..
'To change from what we were , it`ll be hell to pay as a manner of speaking ..'
Very true indeed . Again
'.. changing for good is no crime ' !
Nilai - nilai keagamaan yang cuba diterap juga dikira mantap.
Memang harus diberi kepujian kepada penulis muda yang memang sangat - sangat low profile ini.
Everything is fated. Only interchanged by God`s will , effort , doa ..
After each difficulty there`s a relief.
Elemen cinta pastinya ada ..
Siapa kata mudah untuk kebah daripada jiwa yang merana kerana perasaan?
Untuk pembacaan sebuah novel yang ada pengisian rasanya novel ini lengkap sudah.
Good work Hlovate!
Monday, August 23, 2010
Hola ..
Hari ni terasa bersemangat sekali nak kembali berblog .. setelah sekian lama ditinggalkan rasa macam ada kekurangan yang perlu diperbetulkan. Rasanya tidak juga sebab musabab meninggalkan blog ini kerana beralih arah ke FB atau sebagainya ..cuma nak menulis tu rasa macam teragak-agak atau terlalu berhati-hati.
So , I guess I should put a stop to that and write my minds out .. InsyaAllah.
Sebagai langkah awal kepada semangat baru ni ( hehehe ) menelurusi blog2 yang telah di`bookmarks` untuk dibaca. Trying to find out what happens around me and melihat pengalaman hidup orang lain . As a result , ada juga blog yang tidak diupdate like myself dan ada juga individu yang amat rajin dengan catatan-catatan terkini yang boleh dijadikan inspirasi sekaligus menambah pengetahuan dan pengalaman. Congratz untuk mereka yang rajin ni , for those yang tidak tu I had no prejudice as to what happened. Lots of things can be a reason .. like myself juga !
Thursday, August 5, 2010
Hanya Kerana Cinta
Hanya Kerana Cinta
(by Hafiz AF7, Aril AF7, Ayu OIAM, Tini Hotfm & Anne Hotfm )
Keaadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja
Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.
c/o
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu
ooohhhh~
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
tak ada yang lebih
dari itu
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Oooooo
Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
tak mungkin yang lebih
dari itu ..
dari itu ..
Wednesday, July 28, 2010
Smile
Smile though your heart is aching
Smile even though it’s breaking
When there are clouds in the sky you’ll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You’ll see the sun come shining through
For you
Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That’s the time
You must keep on trying
Smile what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile
If you just smile
That’s the time you must keep on trying
Smile what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile
If you just smile
Smile though your heart is aching
Smile even though it’s breaking
When there are clouds in the sky you’ll get by
It’s the time you must keep on trying
Smile what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile
If you just smile
Smile
From the song "Smile"
As performed by Westlife
Tuesday, July 20, 2010
???
Menulis selalu memberi kegembiraan padaku. Dengannya aku terasa bebas untuk menzahirkan segala rasa. Begitupun akhir-akhir ini ( berbulan? ) aktiviti itu seakan tidak menjadi ? What is wrong actually??
Monday, February 22, 2010
Redha
Cuti seminggu baru-baru ni sempat juga
meluangkan masa membaca novel.
Lama juga tak berkesempatan memaknakan hobi yang satu ini.
Entahlah .!
Apapun syukurlah novel yang diambil secara tangkap muat dari rak buku
itu berbaloi untuk dibaca. Sebabnya ..
sarat dengan pengajaran buat diri ini.
Bahawasanya kita perlu redha dengan apapun takdir yang telah tersurat
dalam hidup kita.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih berkuasa selain Dia.
Percaturan hidup yang ditetapkanNya tetap mempunyai hikmah yang
tersendiri.
Kita inilah yang perlu akur dan redha atas segala-galanya.
Kadang-kadang kita tersasar menanggapi takdir lantas menyesalinya.
Tidak perlulah melihat perkara yang besar dalam hidup kita ,
perkarayang kecil-kecilpun kadang-kadang dirungutkan.
Terlupa bahawa sebagai hamba
kita ini ada pemiliknya yang Maha Mengetahui. Subhanallah.
Setiap sesuatu , baik atau buruk tetap punya
hikmah tersendiri yang tidak terlihat oleh kita.
Aku berdoa agarYang Maha Esa
akan terus menjadikan aku hambaNya yang sering mensyukuri
nikmat yang sebegitu banyak telah dikurniakan serta
tidak keluh kesah dengan
sedikit kekurangan yang diujiNya.
meluangkan masa membaca novel.
Lama juga tak berkesempatan memaknakan hobi yang satu ini.
Entahlah .!
Apapun syukurlah novel yang diambil secara tangkap muat dari rak buku
itu berbaloi untuk dibaca. Sebabnya ..
sarat dengan pengajaran buat diri ini.
Bahawasanya kita perlu redha dengan apapun takdir yang telah tersurat
dalam hidup kita.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih berkuasa selain Dia.
Percaturan hidup yang ditetapkanNya tetap mempunyai hikmah yang
tersendiri.
Kita inilah yang perlu akur dan redha atas segala-galanya.
Kadang-kadang kita tersasar menanggapi takdir lantas menyesalinya.
Tidak perlulah melihat perkara yang besar dalam hidup kita ,
perkarayang kecil-kecilpun kadang-kadang dirungutkan.
Terlupa bahawa sebagai hamba
kita ini ada pemiliknya yang Maha Mengetahui. Subhanallah.
Setiap sesuatu , baik atau buruk tetap punya
hikmah tersendiri yang tidak terlihat oleh kita.
Aku berdoa agarYang Maha Esa
akan terus menjadikan aku hambaNya yang sering mensyukuri
nikmat yang sebegitu banyak telah dikurniakan serta
tidak keluh kesah dengan
sedikit kekurangan yang diujiNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)