About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Monday, February 22, 2010

Redha

Cuti seminggu baru-baru ni sempat juga
meluangkan masa membaca novel.
Lama juga tak berkesempatan memaknakan hobi yang satu ini.
Entahlah .!
Apapun syukurlah novel yang diambil secara tangkap muat dari rak buku
itu berbaloi untuk dibaca. Sebabnya ..
sarat dengan pengajaran buat diri ini.
Bahawasanya kita perlu redha dengan apapun takdir yang telah tersurat
dalam hidup kita.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih berkuasa selain Dia.
Percaturan hidup yang ditetapkanNya tetap mempunyai hikmah yang
tersendiri.
Kita inilah yang perlu akur dan redha atas segala-galanya.
Kadang-kadang kita tersasar menanggapi takdir lantas menyesalinya.
Tidak perlulah melihat perkara yang besar dalam hidup kita ,
perkarayang kecil-kecilpun kadang-kadang dirungutkan.
Terlupa bahawa sebagai hamba
kita ini ada pemiliknya yang Maha Mengetahui. Subhanallah.
Setiap sesuatu , baik atau buruk tetap punya
hikmah tersendiri yang tidak terlihat oleh kita.
Aku berdoa agarYang Maha Esa
akan terus menjadikan aku hambaNya yang sering mensyukuri
nikmat yang sebegitu banyak telah dikurniakan serta
tidak keluh kesah dengan
sedikit kekurangan yang diujiNya.