About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Wednesday, December 8, 2010

Facebook

Baru-baru ni terbaca artikel mengenai penggunaan fb secara betul. Sungguh, ada kebenarannya artikel tersebut kerana didapati penggunaan akaun fb ini telah disalahgunakan secara agak melampau. Bukan sahaja daripada segi pendedahan  maklumat peribadi yang agak keterlauan ( tidak termasuk maklumat
palsu )  , medium untuk berinteraksi ini turut  dijadikan medan untuk menabur fitnah dan berperang mulut antara individu. Maka apakah  maknanya lagi? Sudah pastilah sudah sangat jauh  tersasar daripada matlamat asal kewujudan laman sosial ini,
Seperkara lagi yang aku kurang berkenan ialah pemakluman semua aktiviti harian pada wall fb masing-masing. Kadang2 terfikir juga, tidakkah mereka ini terfikir untuk reserve sedikit kehidupan peribadi daripada menjadi tatapan semua orang? Takkan segala hal makan minum dan  akitiviti harian perlu diwar-warkan? Perlu sangatke? Paling memualkan kalau orang dewasa yang yang sepatutnya sudah matang melakukan hal-hal sedemikian. Kalau remaja aku masih sudi untuk memaafkan sebab mereka ini masih tidak panjang akal sebaliknya bertindak  mengikut rasa hati sahaja.  Kebanyakannyapun  lebih kepada terikut-ikut sahaja.
Aku amat berharap agar setiap individu yang memiliki akaun fb ini akan lebih berhemah dalam  penggunaannya. Maksudnya , menggunakan  laman interaksi ini secara sihat untuk perkara-perkara yang positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim ( pun  tetap ada batasannya kerana dia yang kita kenali 20 tahun lalu tentu tidak sama dengan dia yang sekarang , lalu sangat tidak adil untuk membuat sebarang justifikasi negatif sekadar berkongsi sepatah dua kata dalam ruangan chat siber ) serta perkongsian maklumat yang membawa manfaat kepada kehidupan seterusnya. 
Buat diriku, InsyaAllah aku akan cuba meminimakan penggunaan akaun ini. Cukup sekadar membaca sahaja dan sesekali chatting dengan teman-teman yang paling rapat sahaja. Jika ada keperluan , pilihan terbaik ialah menghantar personal message khusus untuk penerima itu sahaja.

 

Monday, December 6, 2010

AWAL MUHARRAM 1432H



Doaku semoga tahun ini aku akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya ..
Aminnnnn....