About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Tuesday, November 15, 2011

Doa

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Tuesday, August 2, 2011

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Raihan feat Man Bai

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Ramadhan sudah tiba !
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin amal ibadat dalam bulan yang mulia ini.

Monday, March 28, 2011

Sedetik Lebih - OST Hikayat Merong Mahawangsa


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

Hikayat Merong Mahawangsa

 Filem terkini yang sempat ditonton malam minggu yang lalu. Thanks kepada adinda yang sudi menaja ., really appreciate your effort untuk memaknakan ruang-ruang pertemuan antara kita.

About the film..well, thanks a lot to KRU Production yang memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menerbitkan film yang bermutu dalam konteks industri film di Malaysia. Penerbitan filem seperti ini yang ada pengisian di dalamnya adalah sesuatu yang sangat-sangat dialu-alukan. Tahniah Yusry Abd. Halim. Sudah tentu tidak mudah untuk menghasilkan sesuatu karya yang menuntut seratus peratus komitmen dengan bajet mencecah jutaan ringgit sebegini. Anda ternyata membuktikan betapa seriusnya penglibatan anda dalam industri ini! Biarpun terdapat beberapa kekurangan seperti penggunaan teknik khas CGI yang agak banyak hingga mengurangkan impak realiti suasana silam yang cuba digambarkan rasanya boleh difahami mengapa itu berlaku. Apa sekalipun, filem ini tetap membanggakan ..!

Tidak mahu dilupakan , terima kasih sangat-sangat  sebab memilih Anuar Zain untuk mendendangkan lagu tema - Sedetik Lebih- terlalu syahdu dan sangat memberi rasa apabila mendengarnya . Sekurang-kurangnya untuk hari-hari terdekat ini, hanya muzik ini beralun lembut dan ingin didengar berulang-ulang tanpa sedikitpun rasa jemu.

Wednesday, March 9, 2011

Program Nilam

Mengumpul buku-buku Nilam para pelajar yang menjadi mentee di sekolah baru-baru ini menimbulkan seribu satu rasa. Kecewa , kesal ..marahpun ada rasanya. Manakan tidak , rata-rata pelajar hanya sempat membaca 2 buah buku sahaja bagi tempoh 2 bulan pertama ini. Itupun salah satunya novel KOMSAS sekolah. Nampak sangat seperti melepaskan batok di tangga. Amatlah malang bilamana suatu hobi  yang sangat menghiburkan seperti membaca ini bukan lagi menjadi satu tarikan buat kebanyakan  pelajar hari ini. Di mana silapnya? Justeru ,  bukanlah juga sesuatu yang mengejutkan apabila akhbar Utusan Malaysia pernah  melaporkan bahawa tahap membaca rakyat Malaysia masih berada  pada kadar yang sangat rendah malahan boleh dikatakan amat memalukan untuk sebuah negara yang pesat membangun. 2 mukasurat setahun.!! Satu angka yang menunjukkan betapa tidak bijaksananya orang-orang kita tidak kira apa peringkat umur sekalipun  memanfaatkan masa. Keadaan ini seseungguhnya amat bahaya untuk tempoh jangka panjang lantaran generasi muda yang ada hari ini tidak menyediakan diri mereka untuk menjadi lebih berilmu secara mendekati buku atau bahan-bahan bacaan yang bersifat ilmiah. Begitupun bolehkah kita sepenuhnya menyalahkan generasi muda ini atas kealpaan sikap mereka ini? Bukankah kepimpinan melalui teladan? Jika generasi yang lebih matang tidak memberikan satu perilaku positif yang boleh dicontohi mana mungkin anak-anak muda yang serba mentah ini mampu memberi gerakbalas sepertimana yang kita harap-harapkan. Atau apakah  perlukah kita persalahkan ledakan teknologi maklumat yang menyebabkan rata-rata generasi muda leka dan alpa dengannya. Tentu sekali tidak kerana berlakunya perkembangan teknologi ini adalah sangat bersesuaian dengan keperluan semasa. Jika sekalipun berlaku cetusan fenomena ICT  secara global tidaklah sepatutnya bahan bercetak yang sesungguhnya amat bernilai seperti buku dikorbankan . Makanya , sesuatu amat harus dilakukan bagi menarik kembali minat masyarakat secara am dan para pelajar secara khusus untuk kembali melihat buku atau apa-apa bahan bacaan yang bermanfaat sebagai sesuatu yang tidak seharusnya dipinggirkan daripada ruang hidup ini.

Enchanted


 Enchanted was a wonderful movie. Its a great story and I like how it shows you real life. I loved this movie. The way to mix cartoons with real people is really fun and amazing. But here the fairy tales continues perfect combination of the real life and the imagination. I liked so much because in this film we can listen great music with comedy dialogues of the real people and the animals acts that I really was laughing with them.
There is no doubt about it - Amy Adams is the sole reason  why  "Enchanted" is so, well, enchanting. The whole story was charming as well as funny and just a great time to watch, I don't know if I could pick a favorite part, there were so many to choose from. And who doesn't like two hours with Mr. McDreamy?!

Monday, February 21, 2011

Maulidur Rasul

Buatmu Kekasih - Raihan
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Buat kekasih Allah ..Muhammad S.A.W