About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Monday, May 28, 2012

Sunday, May 27, 2012

School Holidays



Sangat-sangat gembira rasanya apabila cuti sekolah bermula ..walaupun kerja sebagai guru tidak memungkinkan cuti begitu sahaja . sekurang-kurangnya lega juga dapat ruang untuk berehat dan membereskan kerja-kerja menyemak skrip peperiksaan dari rumah sahaja..syukur sangat-sangat.!

Monday, May 21, 2012

Rejab

Rejab kembali lagi ..Semoga kita semua dapat memperbanyak amalan pada bulan yang penuh dengan keistimewaan ini.


Duhai Diri ..



Takziah

 
Al Fatihah ..  takziah buat keluarga dua orang teman sejawat yang dipanggil Illahi pulang ke pangkuanNya baru-baru ini . `Bahwasanya kami kepunyaan Allah  dan bahwasanya kami akan kembali kepadaNya.` Hanya Allah juga yang dapat membalas segala amal dan  budi baik kalian berdua sepanjang menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Semoga roh kalian akan sentiasa dirahmatiNya. Aminn.




Wednesday, May 16, 2012

Madah Imam Syafie

"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari
 pun bukan jua rembulan .. tetapi adalah 
masa yang berlalu & tidak akan kembali lagi. 
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan. 
Kelmarin yang luput mengukir sesalan. 
yang ada hanya hari ini & akan datang. 
Gunakan hari ini sebaik mungkin 
kerana
 esok belum tentu milik kita. 
sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam waktu yang panjang
tetap menemui pelajarnya
yang membesar di rumah yang berlainan
tetap bersama rakan-rakan sekerja
yang separuh daripadanya telah tewas
dalam diri sendiri.
tetap di depan pandangan masyarakat
yang terlalu mengharapkan apa yang terbaik
daripada manusia guru
yang tetap bersama kelemahan diri.
lemah oleh waktu yang panjang
lemah oleh kenakalan pelajarnya
lemah oleh masyarakat
yang banyak bercakap tentang kesempurnaan.

guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam panjang waktu dilaluinya
tetap di bilik
yang dikongsikan bersama
tanpa keselesaan yang sama
seperti dinikmati
rakan-rakan seuniversitinya yang dahulu.
tetap dipanggil guru
kalaupun hanya sekadar panggilan
dibezakan waktu yang mengurangi rasa hormat
kepada manusia guru.
guru tetaplah guru
di mana berada
di mana sahaja
tanpa mati dalam waktunya yang panjang.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur





Thursday, May 10, 2012

Silence

Sometimes things are better left  unsaid ..