About Me

My photo
Perak, Malaysia
practical , realistic sensitive

Wednesday, June 5, 2013

Drama Adaptasi Novel - Teduhan Kasih

   
          Teduhan Kasih adalah drama adapatasi novel ketiga yang aku tonton selepas Adam dan Hawa dan  Sehangat Asmara. Berbeza dengan kedua-dua drama terdahulu yang telah aku khatamkan sejak tahun 2005 lagi  novel ini tidak pernah aku baca dan faktor asal  menontonnya lebih kepada adanya Ady Putra hehehe.. Begitupun selepas hampir sebelas hari bersiaran aku berpuas hati dengan drama ini dan tidak sabar mengetahui kesudahannya selepas didramakan.
         Daripada segi pembawakan watak secara keseluruhan semuanya berjaya , suka watak Ehsan - di luar sana ramai yang berpewatakan begini kerana lumrahnya sifat manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang kita nampak dari luaran tidak menggambarkan sepenuhnya sifat sebenar seseorang itu ..Don`t judge the book by its cover ..begitulah lebih kurang. Ady Putra as Ehsan ..well , suits him well maybe sebab diapun telah  ada anak so tidaklah susah sangat nak melakonkan watak begitu. Sherry Ibrahim as Iffa juga tidak memnegecewakan. Suka wajah lembut Sherry dan sekarang sudah nampak mengapa pengarah pilih dia untuk watak ini ..

 
Hero dan heroin -  Ehsan dan Iffa


          Tahniah kepada penulis novel ini kerana berjaya melahirkan kisah yang menarik ...semoga akan terus sukses dalam karya-karya seterusnya.
 

No comments:

Post a Comment